Thursday, September 16, 2010

Antonio Valencia alami kecederaan serius

Kecederaan yang menimpa sayap Manchester United semasa pertemuan UCL menentang Rangers semalam dianggap amat serius dan Sir Alex Furgeson menjangkakan Valencia mungkin terpaksa direhatkan untuk sepanjang musim. Pemain pertahanan Ranger Kirk Broadfoot yang berada berhampiran Valencia menyatakan posisi buku lali Valencia berada pada keadaan songsang dan ia amat menakutkan. Valencia juga diberikan penafasan Oksigen semasa dikeluarkan untuk mengurangkan kesakitan.


Valencia akan menjalani pembedahan pada hari ini untuk membetulkan semula kedudukan buku lalinya. Furgeson menambah kecederaan Valencia adalah hampir serupa dengan kecederaan yang dialami oleh Alan Smith pada 2006 lalu.

Keputusan perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 0-0.

No comments:

Post a Comment