Wednesday, September 29, 2010

Kevin Nolan kritik masalah pertahanan Newcastle

Kapten Newcastle Kevin Nolan mendesak rakan sepasukannya untuk belajar daripada kesilapan pertahanan pasukannya sekiranya mahu untuk terus bersaing di EPL. Newcastle yang kini berada ditangga ke-10 adalah pasukan yang baru dinaikkan ke EPL pada musim ini.

Newcastle telah ditewaskan oleh Stoke pada perlawanan terakhir mereka hasil jaringan sendiri pemain mereka yang dibawa dari Nottingham Forest James Perch. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 1-2. Nolan menyatakan mereka tidak bernasib baik kerana dua gol mudah akibat kesilapan pertahanan walaupun Newcastle mengusai keseluruhan permainan.

Kekalahan ini mengakibat Newcastle kini telah tewas dua kali ditempat sendiri selepas ditewaskan Aston Villa 6-0. Newcastle kini sedang berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan set-piece pertahanan mereka kerana akan berkunjung ke Manchester City pada hujung minggu ini.

No comments:

Post a Comment