Thursday, September 16, 2010

Clash of the week : Manchester United vs Liverpool

Sir Alex Furgeson telah dikritik hebat pada minggu ini setelah tidak menurunkan barisan pemain terbaik Manchester United menentang Rangers pada perlawanan Kejuraan Eropah. Perlawanan yang berkesudahan dengan 0-0.

Semua perubahan drastik ini dilakukan hanyalah sebahagian daripada persiapan Sir Alex untuk menghadapi Liverpool pada pertembungan tumpuan liga EPL minggu ini. Dikatakan 10 perubahan drastik dilakukan oleh Man United semasa menentang Rangers.

Mengendahkan kritikan yang diterima Sir Alex, nampaknya pengurus Liverpool Roy Hodgson juga akan menggunakan pendekatan yang serupa apabila Liverpool melayan kunjungan Steaua Bucharest untuk perlawanan Piala Eropah malam ini. Hodgson dijangkakan akan merehatkan dua ayam tambatannya Torres dan Gerrard.

Sementara itu Torres nampaknya juga lebih fokus kepada pertembungan dengan Manchester United dengan mengatakan bahawa kemenangan dengan United adalah segala-galanya bagi beliau yang dikritik baru-baru ini kerana gagal bermain dengan baik semasa Liverpool seri 0-0 dengan Birmingham minggu lepas. Torres menganggap kejayaan menundukkan United juga adalah untuk membalas kepercayaan Hodgson keatasnya.

1 comment:

  1. Daniel Agger meluahkan rasa tidak puashati kepada Hodgson kerana taktik long-ball yang digunakan dan beralih ke posisi left-back

    ReplyDelete