Sunday, September 19, 2010

Furgeson salahkan Benitez punca kejatuhan Liverpool

Selepas terdahulunya Jose Mourinho kini Sir Alex Ferguson pula menyatakan Rafael Benitez adalah pengurus yang bertanggungjawab keatas kejatuhan prestasi Liverpool bersaing di EPL. Beliau sebenarnya menyangkal dakwaan bahawa pemilik Liverpool adalah punca kejatuhan Liverpool sekarang.

Pada bulan lepas Mourinho memberi komen mengenai pasukan Liverpool dibawah bimbingan Benitez semakin kurang kekuatannya dari setahun ke tahun berikutnya.

Sir Alex merasakan Benitez telah diberikan dana yang banyak oleh pemilik kelab semasa dia mula menjalankan tugasnya di Liverpool tetapi rekod pembelian yang dilakukan oleh Benitez membuktikan bahawa dia tidak mampu membelanjakannya sebaik mungkin.

Liverpool berada pada kedudukan ke-7 pada musim lalu dan kedua selepas Man United pada tahun sebelumnya walaupun jumlah wang yang digunakan oleh Liverpool adalah lebih banyak berbanding Manchester United.

No comments:

Post a Comment