Monday, September 6, 2010

Manchester United cuba dapatkan Sotiris Ninis

Pemain muda Greece Sotiris Ninis yang kini bermain untuk Panathinaikos kini menjadi rebutan 3 kelab gergasi Manchecter United, Real Madrid dan AC Milan. Ninis yang kini bermain di bahagian sayap, dilaporkan telah dipancing oleh Manchester United dengan bayaran £8m untuk dibawa ke Old Trafford pada musim hadapan.

Ninis yang berusia 20 tahun terkenal dengan kepantasan dan kreatif telah menjadi pemain kesebelasan utama Panathinaikos sejak berumur 16 tahun pada 2006 lagi. Kini dia bermain sebanyak 64 perlawanan kelab dengan 6 jaringan dan 7 kali bermain untuk Geece dan menjaringkan 1 gol.

Ninis juga bermain semasa Piala Dunia 2010 lalu tetapi hanya sebagai pemain simpanan semasa menentang Argentina dan Nigeria.

No comments:

Post a Comment