Thursday, June 2, 2011

Tony Fernandes membida untuk mengambilalih West Ham

Tony Fernandes yang juga pemilik pasukan F1 Team Lotus dan CEO syarikat penerbangan AirAsia hari ini telah mengesahkan melalui halaman Twitternya yang dia telah membuat bidaan untuk mendapat kelab dari London ini. Ia adalah hari yang sama dimana pemilik sekarang David Gold dan David Sullivan mengesahkan nama pengurus baru West Ham Sam Allardyce.

Berita ini tidak begitu mengejutkan kerana dua tahun lalu Fernandes juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Newcastle United yang juga mengalami nasib serupa West Ham setelah digugurkan ke Liga kedua di England. tetapi dia telah menarik diri pada saat-saat akhir.

Fernandes dikatakan mula menunjukkan minat untuk mendapatkan West Ham atau sekurang-kurangnya mendapatkan sedikit pegangan sejak November lalu semasa pengerusi West Ham Andrew Bernhardt berada di Kuala Lumpur tetapi tiada persetujuan tercapai walaupun perbincangan tersebut berlarutan sehingga Januari 2011.

Sekiranya berjaya ini bermaksud Liga Kejuaraan nPower pada musim hadapan akan dibarisi oleh dua pasukan yang dimiliki oleh hartawan daripada Malaysia dimana Cardiff City pada masa ini dikatakan mendapat suntikan dana daripada Tan Sri Vincent Tan.

No comments:

Post a Comment