Tuesday, October 23, 2012

David De Gea ingin kembali ke Sepanyol

Setelah setahun lebih bersama Man Utd, David De Gea dilaporkan kini tidak begitu gembira berada di Old Trafford. Dia dikatakan menghadapi kesukaran untuk menghadapi suasana kehidupan di England dan EPL. Penjaga gol yang diperolehi daripada Atletico Madrid dengan £18.3 juta ini digugurkan dari skuad utama setelah gagal mempamerkan persembahan yang baik ketika Man United dikalahkan Blackburn 3-2 dan digantikan dengan penjaga gol dari Denmark, Anders Lindergaard.

Real Madrid telah pun menghidu masalah ini dan kini sedang berusaha untuk membawa bintang kelahiran Madrid ini ke sana. Real Madrid kini juga sedang berusaha untuk mendapat khidmat penjaga gawang yang berkualiti untuk menggantikan khidmat Iker Casilas yang kini sudah berusia 31 tahun.

Walaupun persembahan De Gea kurang memberangsangkan di England dia masih mempunyai reputasi yang baik di Sepanyol kerana dia kini adalah penjaga gol U21 Sepanyol dan dibualkan untuk menggantikan Casilas di skuad utama Sepanyol selepas ini.


No comments:

Post a Comment