Thursday, January 31, 2013

Swansea memperbaharui kontrak Michu

Pada Liga Sepanyol dia bermain untuk Rayo Vallecano, sebuah pasukan bawahan liga yang bergelumang dengan sisa-sisa perlawanan untuk terus kekal berada pada liga utama untuk musim yang berikutnya. Namun begitu dia berjaya meledakkan 15 gol untuk Rayo dengan posisi sebagai midfielder. Satu statistik yang boleh dibanggakan untuk pemain pasukan bawahan dan jika diukur dia boleh dikatakan sekaliber dengan nama-nama besar yang lain di posisi tersebut seperti Mesut Ozil, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas.
 
Harga pembeliannya daripada Rayo Vallecano hanyalah disekitar £2.2m. Bermula dengan gol debut pertamanya bersama Swansea ketika membantu pasukannya membelasah QPR dia bagaikan sedang memahat namanya di bibir-bibir pemerhati Liga EPL pada musim ini.
 
Sehingga kini dengan aksi sebanyak 24 perlawanan dia telahpun menjaringkan 13 gol di liga EPL. Satu pelaburan yang berbaloi dari Michael Laudrup. Kalau diukur dengan nisbah gol dari pelaburan kewangan, pembelian Michu adalah yang terbaik pada musim ini. 
 
Menyedari hakikat ini, akibat tidak mahu ayam tambatan ini terlepas ke tangan kelab-kelab yang lebih kaya rayaengan begitu mudah, Swansea telahpun memperbaharui kontrak Michu sehingga 2016. Micheal Laudrup menjangkakan Michu mungkin akan ditawarkan pada musim panas akan datang dan kontrak terbaru ini dijangkakan akan membantu Swansea memperolehi lebihan kewangan nanti.
 
Bagi Michu pula, dia tidak mempunyai masalah dengan kontrak terbaru ini kerana terlalu teruja berada di Swansea, dia jua mengakui ada membaca dan mendengar spekulasi perpindahannya tetapi semua tidak menarik minatnya untuk meninggalkan Swansea.

No comments:

Post a Comment