Thursday, January 3, 2013

The Italian Connection : Balotelli vs Mancini

Penyerang Manchester City Mario Balotelli dan pengurusnya, Roberto Mancini kelihatan bergeseran semasa sessi latihan hari ini. Kejadian ini bermula berikutan reaksi Mancini terhadap Balotelli kerana bertindak melakukan bentesan keras kepada Scott Sinclair. Ketegangan tersebut memulakan insiden pencakaran mulut, tolak menolak dan akhirnya dileraikan oleh rakan dan jurulatih sepasukan.

Balotelli seterusnya meninggalkan latihan pada sessi tersebut.

 Mancini dilaporkan tidak menyenangi dengan sikap Balotelli sejak musim lalu lagi dimana dia telah dikenakan kad merah ketika menentang Arsenal dengan memberi komen disessi soaljawab yang dia akan merisikokan seorang pemain di padang sekiranya masih menurunkan Balotelli. Balotelli akhirnya tidak diturunkan pada enam perlawanan selepas itu.

Selain itu mereka juga dilaporkan pernah bercakaran beberapa kali dimana Balotelli ditangkap kerana bertindak melontar darts keatas pemain remaja dan lambat menghadirkan diri sebelum pertemuan dengan Manchester United.

Baru-baru ini, bekas rakan sepasukannya di Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic memberi komen yang Mancini mesti menurunkan Balotelli ke pasukan utama pada masa ini kerana hanya Balotelli yang mampu membantu Manchester City mempertahan kejuaraan EPL setelah mereka kini ketinggalan 7 mata di belakang Manchesr United.

Kontroversi Balotelli terdahulu:
Balotelli mahukan gaji mingguan 180k
Kontroversi Balotelli

No comments:

Post a Comment