Sunday, February 13, 2011

Persaingan kelab untuk memperolehi jaringan "scout"

Pemain yang berkualiti amat penting untuk sesuatu kelab memperolehi kejayaan, tidak hairanlah bagaimana Chelsea sanggup berbelanja besar-besaran hanya kerana mahu terus mengungguli persada EPL, lihat pula bagaimana nasib pasukan seperti Manchester City berubah daripada pasukan yang pernah jatuh ke liga bawahan bangun semula dan berada dikelompok atas EPL (Man City sebenarnya sudah mempunyai segala pemain yan diperlukan untuk berada diatas tetapi mereka tidak mempunyai pengurus yang berwibawa).

Tetapi pemain yang berkualiti tidak akan dapat meneruskan kesinambunagan kejayaan sesuatu kelab, apabila usia mereka semakin lanjut, persembahan mereka juga akan menurun dan mereka perlu diganti dengan pemain sehandal mereka. Tugas inilah yang ditanggung oleh pencari-pencari bakat baru baru bolasepak ataupun "scout", mereka bertanggungjawab mengenalpasti muka-muka baru yang perlu dipertengahkan sebelum prestasi pemain terkemuka menurun dan digantikan oleh bakat-bakat ini.

Dengan keupayaan kelab-kelab terkemuka berbelanja sekarang dan harga untuk membawa pemain bintang yang dikatakan sudah tidak relevan lagi oleh itu, kebanyakkan kelab kini sudah mula menitik beratkan soal perkembangan pemain remaja dan jaringan scout yang baik.

Tarik-menarik antara kelab-kelab ini untuk mendapatkan scout yang baik juga berlaku dimasa ini, yang terbaru, Pengarah Teknikal Bolasepak Chelsea, Frank Arnesen dijangka akan dipancing oleh Real Madrid untuk membawanya ke Sepanyol setelah sebelum ini NESV telah berjaya memancing bekas scout Tottenham, Damien Comolli dari Rennes ke Liverpool.

Bakal kehilangan Arneson, pemilik Chelsea Abramovich dikatakan akan membuat tawaran kepada ketua pencari bakat baru Arsenal Steve Rowley(gambar) ke Stamford Bridge. Abramovich dikatakan berminat membawa Rowley kesana setelah Rowley dikatakan adalah individu yang terbabit dengan perpindahan pemain bintang ke Arsenal seperti Cesc Fabregas, Robin van Persie dan Thomas Vermaelen. Selain itu dia juga tertarik dengan kebolehan Rowley membawa pemain seperti Alex Song, Bacary Sagna dan Gael Clichy dengan harga yang rendah.

No comments:

Post a Comment