Sunday, February 6, 2011

Wolves 2 MU 1: Akhirnya tiada pasukan yang "invicible"

Jaringan penyamaan Wolves pada minit ke 10 melalui George
Elekobi.
Selepas menjangkaui 29 perlawanan EPL selama 10 bulan sejak tahun lalu tanpa sebarang kekalahan akhirnya Manchester United tersungkur juga. Yang janggalnya rekod mereka itu dileburkan oleh sebuah kelab yang berada di kedudukan terbawah liga EPL, Wolverhampton Wanderers. Yang pastinya mesti para peminat Wolves hari ini merayakan kejayaan pasukan mereka membaham "The Red Devil" di Molineux Stadium. Stadium ini juga akan menjadi keramat untuk pasukan elit EPL bertandang kesana selepas ini setelah Chelsea dan Manchester City juga mengalami nasib yang sama seperti Manchester United sebelum ini.

Manchester United terlebih dahulu memulakan jaringan melalui Nani seawal minit ke 3 permainan. Tetapi Wolves telah mendapatkan 2 gol melalui jaringan George Elokobi pada minit ke 10 dan jaringan kemenangan oleh Kevin Doyle pada minit ke 40.

Perubahan barisan pasukan di saat-saat akhir dikatakan menjadi punca kekalahan Manchester United, setelah Rio Ferdinand yang dijangkakan akan diturunkan telah dikeluarkan di saat akhir kerana kurang cergas setelah mengalami kecederaan dan diganti dengan Chris Smalling.

Selain itu Sir Alex juga telah menurunkan Paul Scholes dan Rio Ferdinand tetapi masih tidak berjaya menambahkan jaringan hingga tamat perlawanan.

No comments:

Post a Comment