Wednesday, July 6, 2011

Trio Manchester United bakal ke Sunderland

Setelah mendapatkan Danny Welback secara pinjaman daripada Manchester United musim lalu, nampaknya kini Steve Bruce akan berurusan semula dengan bekas pengurusnya dulu, Dr Alex untuk membawa tiga pemain Manchester United sekaligus ke Sunderland. Sekiranya tercapai bolehlah kita katakan selepas ini Sunderland itu adalah kelab franchise MU. Jika diamati pada tahun-tahun sebelumnya Sunderland juga pernah menerima pemain 'buangan' Manchester United, kalau tak silap semasa 2007, Roy Keane (juga X-MU) telah mendapatkan Kieran Richardson. Sehingga kini Richardson masih berada di Sunderland.

Berbalik kepada berita terkini, Steve Bruce sedang berusaha membawa tiga lagi pemain Manchester United yang terdiri daripada John O'Shea, Wes Brown dan Darren Gibson. Harga permulaan yang ditawarkan adalah disekitar £12juta. berdasarkan urusniaga terdahulu dan keterbukaan Steve Bruce dan Dr Alex dijangka urusniaga ini tidak ada halangannya kecuali John O'Shea yang dikhabarkan bakal dipancing ke Arsenal dan Stoke City.

Bruce amat terdesak untuk mendapatkan O'Shea dan Wes Brown kerana Nedum Onuoha dan John Mensah telah kembali kepangkuan kelab masing-masing selepas pinjaman setahun. Steve Bruce yang dilihat salah seorang pengurus yang amat komited untuk menaikkan pasukannya. Sejak musim lalu lagi Steve bruce sentiasa berusaha untuk membawa muka-muka baru yang berkualiti untuk membantu Sunderland berada di EPL. Sunderland juga boleh dikatakan antara pasukan yang begitu mencabar pada musim lalu.

Sehingga kini Bruce telah berjaya membawa Asamoah Gyan, Connor Wickham, Craig Gardner, Titus Bramble dan Ji termasuk desas desus penyerang Stuttgart Pavel Pogrebnyak yang juga dikehendaki Tottenham dan Liverpool.

1 comment:

  1. Francais Man United? boleh jugak..lagipun Fergie mesti dh kawtim dengan Bruce

    ReplyDelete