Friday, November 2, 2012

Keramat November

Berdasarkan kepada statistik sejak EPL diperkenalkan pada 1992, bulan November boleh dikatakan adalah bulan keramat kerana berdasarkan pada persembahan sepuluh perlawanan awal, pengerusi atau pemilik kelab sudah boleh menghidu dikumpulan manakah pasukan mereka bakal menghuni sehingga hujung musim nanti.

Tambahan pula jika pengurus kelab tersebut diberi suntikan modal yang tinggi untuk memancing pemain baru pada perpindahan musim panas, kini selepas sepuluh perlawanan liga, sudah tiba masanya untuk mereka melihat bunga-bunga hasil dari semaian terdahulu. Logiknya, ukuran sepuluh perlawanan ini jatuh pada bulan November dan mungkin sebab itulah statistik menunjukkan jumlah pengurus kelab EPL yang digugurkan pada bulan November adalah 2 kali ganda banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Kita tunggu adakah ada diantara 20 pengurus-pengurus akan kehilangan pekerjaan mereka sehingga 1 December nanti. Sehingga kini dikhabarkan sudah terdapat empat pengurus yang sedang mendiami kerusi panas di kelab masing-masing iaitu Nigel Adkins (Southampton), Mark Hughes(QPR), Paul Lambert (Aston Villa) dan Roberto Mancini (Machester City).

No comments:

Post a Comment