Tuesday, January 1, 2013

Edisi Siasat: Ketegangan di Real Madrid

Adakah posisi Mourinho di Real Madrid terancam?
Mereka telah menjuarai Spanish Primera Division meninggalkan pencabar utama mereka, Barcelona dengan kelebihan 9 mata pada musim lalu.


Mereka dibarisi oleh pemain-pemain terkemuka dan sentiasa ditagihkan khidmat mereka oleh mana-mana pasukan yang lain seperti Cristiano Ronaldo, Higuan, Sergio Ramos, Iker Cassilas, Ozil, Khedira, Xabi, Modric, Kaka dan lain lagi.


Tambahan pula mereka dikemudi oleh seorang jurulatih yang tersohor, yang mengelar "The Special One", Jose Mourinho.

Tetapi pada musim ini fakta-fakta yang berada diatas bagaikan tidak menonjolkan keadaan sebenar pasukan ini : -
-Mereka kini berada pada kedudukan ke 3 liga dengan kekurangan 16 mata dibelakang pencabar utama mereka, Barcelona.
-Tiga rekod pertemuan liga mereka berakhir dengan 2 kekalahan dan satu seri.

Bagaimanakah keadaan ini berlaku, apa kejadahnya yang berlaku di Santiago Bernabeu? Hasil tinjauan dan siasatan oleh kru edisi siasat kami telah menemui kisah-kisah disana.

1. Pada Januari 2012, tersebar berita berlakunya perselisihan faham antara pemain Sepanyol-Portugal di Real Madrid tetapi ketua pasukan Iker Cassilas menolak dakwaan tersebut.


2. Ketegangan hubungan Jose Mourinho dan Presiden Kelab Florentino Perez kerana campurtangan Perez menyebabkan perpindahan pemain sasaran utama Mourinho gagal. Pada awal musim ini Mourinho telah mensasarkan Midfielder Brazil Lucas Moura tetapi Perez tidak bersetuju kerana harganya yang terlalu tinggi dan bakatnya yang belum terbukti. Akibatnya Mourinho hanya mendapatkan Luka Modric sebagai ganti dan Moura telah disambar oleh PSG.

3. Pada minggu lalu, Iker Cassilas telah diletakkan di bangku simpanan oleh Mourinho ketika mereka menentang Malaga. Bagi Cassilas ini adalah kali pertama di dalam 10 tahun dia berada dibangku simpanan. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 2-3. Keputusan Mourinho yang menyisihkan penjaga gol utama Sepanyol ini amat menimbulkan sensasi sehinggakan kebanyakkan akhbar-akhbar utama di Sepanyol telah mempersoalkan keputusan Mourinho.

4. Kenyataan daripada pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos seperti mendedahkan spekulasi keretakan  hubungan antara Mourinho-Cassilas & Ramos bermula sejak awal musim ini lagi walaupun minggu lalu Cassilas mendedahkan kepada media yang tiada salah faham berlaku. Cassilas adalah ketua pasukan dan adalah penjaga gol terbaik dunia pada masa ini. Mungkin juga situasi ini menjana spekulasi dimana Real sedang mengintai David De Gea di MU.

5. Pertahanan Real Madrid,  Pepe yang berasal dari Portugal mendedahkan sikap media-media di Sepanyol yang tidak menyebelahi pemain-pemain Portugal di Real Madrid dengan memberi contoh kritikan terhadap pertahanan kiri, Fabio Coentrao menyebabkan ramai diantara mereka cuba mencari haluan yang lain. Adakah ini termasuk Cristiano Ronaldo, Calvanho dan juga Mourinho sendiri?.

6. Minggu lalu media Sepanyol mendedahkan berita mengenai dua sahabat paling akrab di Real, Ronaldo dan Marcelo sudah tidak bertegur sapa pada satu majlis jamuan. Satu permasalahan kecil yang cuba disensasikan oleh media.

7. Pada awal musim ini tersebar berita yang mengatakan berlaku salah faham antara Zinedine Zidane dan Mourinho tetapi Zidane menolak dakwaan tersebut. Bagaimanapun agak mengejutkan pada minggu ini apabila terdapat berita yang mendedahkan Enzo Zidane akan menjalani latihan percubaan di Melwood Training Center, Liverpool.

8. Hari ini pula kedengaran gossip terbaru, Xabi Alonso kini ingin kembali ke Liverpool.

Berdasarkan pada responden terbaru sebuah lawan web di Sepanyol (Marca), 80% daripada 80,000 penyokong mahukan Mourinho disingkirkan segera tetapi sekiranya ini berlaku Real Madrid perlu membayar Mourinho sebanyak £20Juta kerana kontrak terbaru yang dipersetujui musim lalu akan berakhir pada 2016.

1 comment:

  1. Keputusan terkini dan video Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM 2013 di http://sepaktonjol.blogspot.com/

    ReplyDelete