Saturday, December 29, 2012

Real Madrid bida Gareth Bale pada £33M

Mourinho mengakui yang dia mula mengagumi bakat dan kebolehan Bale sejak dia berada Chelsea lagi.
Real Madrid mendahului kelab-kelab gergasi Eropah untuk membuat bidaan mendapatkan Gareth Bale dengan harga pada £33 Juta. Tottenham dilaporkan telah mengetahui intaian Real Madrid terhadap Bale sejak sekian lamanya tetapi laporan daripada sebuah akhbar di Sepanyol telah mengesahkan yang tawaran telahpun dibuat.

Minggu lalu, Pengurus Totenham Andre Villa Boas telah mendedahkan yang Bale adalah aset utama bagi Totenham sekarang dan tidak mungkin akan dijual pada Januari ini. Dengan kejayaan terbaru Bale yang menghasilkan Hatrick ketika menewaskan Aston Villa beberapa hari lalu, kini ia bagaikan telah menambahkan sensasi spekulasi penawaran keatas Bale.

Sememangnya Gareth Bale adalah pemain kegemaran Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho dimana dia sudah mengesan dan mangkagumi bakat Bale sejak dia mengemudi Chelsea dahulu. Sekiranya masih gagal diperolehi Januari ini, Mourinho dikatakan akan mencubanya lagi pada hujung musim nanti. Real Madrid dikatakan telah pun menyediakan dana sebanyak £56m untuk merealitikan perpindahan pemain Wales berusia 23 tahun ini ke Madrid.

Oktober lalu, Mourinho juga telah menawarkan Gareth Bale dengan mengunjurkan untuk membuat pertukaran pemain pertahanan kiri berusia 24 tahun Real Madrid, Fabio Coentrao yang juga adalah pemain kegemaran Andre Villa Boas yang pernah dilamar AVB semasa dia berada di Chelsea dahulu.

Wenger mendesak SAF lepaskan Nani untuk Arsenal


Akibat tekanan daripada penyokong Arsenal yang mahukan Wenger melepaskan jawatan, kini, dia mendesak pengurus Manchester United Alex Ferguson "membalas budinya" (yang melepaskan Van Persie ke Old Trafford pada musim panas lalu) melepaskan pemain sayap Manchester United Nani ke Arsenal. Nani adalah sasaran terbaik Arsenal pada masa ini untuk memenuhi keadaan semasa di Arsenal dimana Walcott berkemungkinan akan berubah ke posisi penyerang dimana Andrey Arshavin dan Marouane Chamakh berkemungkinan dilepaskan Januari ini.

Selain Nani, Wenger juga mensasarkan sayap Crystal Palace Winfred Zaha, Luke Shaw yang berkemungkinan menggantikan Andre Santos dan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina (dikatakan Brendan Rodgers kini mensasarkan Jack Butland dari Birmingham).

Melepaskan Van Persie ke skuad saingan (Manchester United) mungkin adalah sesuatu yang kurang popular tetapi Wenger tiada mempunyai pilihan kerana Juventus mahukan Van Persie dengan harga yang rendah.

Dan sekarang Sir Alex Ferguson juga harus melakukan perkara serupa kerana Nani kini juga berada pada situasi seumpama Van Persie dimana kontraknya bakal berakhir sedikit masa lagi. Terdahulu, Nani dikatakan enggan menyambung kontrak terbaru dengan Manchester kerana mahukan gaji yang lebih tinggi. Mungkin inilah masanya SAF membalas budi yang ditaburkan Wenger pada musim panas lalu.

Dijangkakan harga perpindahan Nani pada masa ini berada dilingkungan £12m dan permohonan gajinya disekitar £90,000 seminggu, adalah setara dengan bajet yang diberikan kepada Wenger untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang.

Thursday, November 29, 2012

Senarai pendapatan tertinggi 30 Pengurus pada masa ini.

Satu senarai pendapatan tertinggi 30 pengurus pasukan bolasepak di dunia telah di keluarkan di Brazil semalam dengan mendedahkan Jose Mourinho berada pada kedudukan tertinggi. Firma penasihat perniagaan sukan yang berpengkalan di Brazil itu, Pluri Consultoria menyatakan pendapatan Mourinho yang di gelar Special One! dilaporkan mencecah £12.3m setahun.

Berikut adalah senarai yang didedahkan semalam.
1. Jose Mourinho – Real Madrid (£12.3m)
2. Carlo Ancelotti – Paris St. Germain (£10.9m)
3. Marcelo Lippi – Guangzhou (£8.7m)
4. Sir Alex Ferguson – Manchester United (£7.6m)
5. Arsene Wenger – Arsenal (£7.5m)
6. Guus Hiddink – Anzhi (£6.7m)
7. Fabio Capello – Russia (£6.3m)
8. Tito Vilanova – Barcelona (£5.6m)
9. Jose Camacho – China (£4.8m)
10. Roberto Mancini – Manchester City (£4.8m)
11. Frank Rijkaard – Saudi Arabia (£4.3m)
12. Jupp Heynckes – Bayern Munich (£4.2m)
13. Andre Villas-Boas – Tottenham (£3.6m)
14. Harry Redknapp – QPR (£3.2m)
15. Jorge Jesus – Benfica (£3.2m)
16. David Moyes – Everton (£2.9m)
17. Manuel Pellegrini – Malaga (£2.9m)
18. Paulo Autuori – Qatar (£2.9m)
19. Abel Braga – Fluminense (2.8m)
20. Luciano Spaletti – Zenit (£2.7m)
21. Antonio Conte – Juventus (£2.4m)
22. Cesare Prandelli – Italy (£2.4m)
23. Vanderlei Luxemburgo – Gremio (£2.4m)
24. Muricy Ramalho – Santos (£2.4m)
25. Tite – Corinthians (£2.4m)
26. Ottmar Hitzfeld – Switzerland (£2.1m)
27. Joachim Low – Germany (£2m)
28. Marcelo Bielsa – Athletic Bilbao (£2m)
29. Martin O’Neill – Sunderland (£2m)
30. Roy Hodgson – England (£2m)

Tuesday, November 27, 2012

Ronaldo menolak kemungkinan kembali ke MU

Cristiano Ronaldo believes there are four or five teams capable of winning the Premier League this seasonCristiano Ronaldo telah menolak kemungkinan yang beliau akan kembali ke Manchester United dari Real Madrid.

Mengakui walaupun dia berasa kurang selesa berada di Sepanyol pada awal musim ini dan pengurus lamanya di Manchester United, Sir Alex Ferguson juga telah memberikan komen yang pintu di Old Traffold sentiasa terbuka untuknya tetapi menyatakan pemain berusia 27 tahun ini adalah "Tidak terbeli" pada masa sekarang.

Real Madrid berada di Manchester City pada minggu lalu untuk pertemuan menentang Manchester City di kejohanan Juara-Juara Eropah dimana kesempatan ini diambil oleh Alex Ferguson dan Ronaldo untuk bersua muka. Ronaldo memberitahu yang tiada perbincangan mengenai perpindahan dibincangkan dan mereka hanya berbual mengenai perihal kehidupan harian mereka sahaja.

Sunday, November 11, 2012

Brendan Rodgers janjikan pelengkap Suarez Januari ini.

Luis Suarez boleh dianggap hero kepada Liverpool pada musim ini kerana pengaruh kuatnya meletakkan Liverpool sebagai sebuah pasukan yang masih lagi mencabar di EPL. Kenyataan ini dikuatkan dengan statistik semasa dimana Suarez sebenarnya secara peribadi telah menyumbangkan 9 mata daripada keseluruhan 11 mata diperolehi Liverpool pada masa ini dengan hasil jaringan dan bantuan lolosan bola darinya. Sekiranya tiada Suarez bermaksud Liverpool sekarang berada pada kedudukan 3 terbawah liga.

Menyedari hakikat ini maka, Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berjanji akan melobi kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan seorang lagi penyerang untuk membantu Suarez pada Januari nanti. Tambahan pemain ini dijangka akan dapat mambantu Liverpool untuk menempatkan diri ke saingan Eropah pada musim hadapan.

Rodgers juga menambah yang Liverpool juga tidak mahu suasana yang berlaku terhadap Fernando Torres pada Januari 2011 lalu juga menimpa Suarez. Fernando Torres pada tahun lalu telah meninggalkan Liverpool ke Chelsea dengan alasan yang dia dahaga kejuaraan yang tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya berada di Liverpool.

Diantara nama-nama yang disebut-sebut akan ke Liverpool nanti adalah penyerang Schalke Klaas Jan-Huntelaar, penyerang Helsinki Joel Pohjanpalo, penyerang 23 tahun Bayern  Nils Petersen, penyerang Chelsea Daniel Sturiddge.

Friday, November 2, 2012

Keramat November

Berdasarkan kepada statistik sejak EPL diperkenalkan pada 1992, bulan November boleh dikatakan adalah bulan keramat kerana berdasarkan pada persembahan sepuluh perlawanan awal, pengerusi atau pemilik kelab sudah boleh menghidu dikumpulan manakah pasukan mereka bakal menghuni sehingga hujung musim nanti.

Tambahan pula jika pengurus kelab tersebut diberi suntikan modal yang tinggi untuk memancing pemain baru pada perpindahan musim panas, kini selepas sepuluh perlawanan liga, sudah tiba masanya untuk mereka melihat bunga-bunga hasil dari semaian terdahulu. Logiknya, ukuran sepuluh perlawanan ini jatuh pada bulan November dan mungkin sebab itulah statistik menunjukkan jumlah pengurus kelab EPL yang digugurkan pada bulan November adalah 2 kali ganda banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Kita tunggu adakah ada diantara 20 pengurus-pengurus akan kehilangan pekerjaan mereka sehingga 1 December nanti. Sehingga kini dikhabarkan sudah terdapat empat pengurus yang sedang mendiami kerusi panas di kelab masing-masing iaitu Nigel Adkins (Southampton), Mark Hughes(QPR), Paul Lambert (Aston Villa) dan Roberto Mancini (Machester City).