Barcelona secara rasminya mengumumkan yang ketua jurulatihnya Josep Guardiola tidak akan meninggalkan Nou Camp untuk menguruskan Manchester United. Pengarah Sukan Andoni Zubizarreta yakin ketua jurulatihnya yang baru menandatangani kontrak 2 tahun bersama Barcelona pada musim panas lalu tidak akan meninggalkan Nou Cam.
Guardiola telah dikaitkan sebagai calom utama untuk menggantikan tempat yang diduduki oleh Sir Alex Furgeson sekarang yang dipercayai akan bersara bila-bila masa sahaja.
Sunday, October 31, 2010
Tiada penjualan Reina dan Torres Januari ini.
Pengurus Liverpool, Roy Hodgson mengumumkan yang Pepe Reina dan Fernando Torres tidak akan dijual pada Januari nanti seterusnya dia memperingatkan semua pihak supaya tidak lagi mengadakan spekulasi perpindahan kedua-dua pemain tersebut yang dikatakan akan berpindah ke Manchester United, Manchester City dan Chelsea.
Hodgson menambah sebaliknya Liverpool akan menggunakan masa perpindahan Januari ini sebagai masa terbaik untuk memperkuatkan pasukan. Liverpool akan mendapatkan beberapa muka baru pada Januari nanti tetapi memberitahu peminat bahawa pemain yang dibeli nanti hanya bersandarkan kepada faedah jangkamasa panjang untuk kelab. Senarai pemain tersebut akan diberikan kepada John W Henry untuk pengesahan dan membincangkan pembelian pemain tersebut bersama eksekutif yang lain.
NESV amat menggalakkan Hodgson mendapatkan pemain muda dengan gaji yang murah dan nilai penjualan semula yang tinggi.

Labels:
EPL : Liverpool
Saturday, October 30, 2010
Rooney mungkin direhatkan untuk jangka panjang.
Nampaknya Rooney tidak akan beraksi menentang Manchester City pada 10 November nanti kerana kecederaan Rooney mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk pulih lebih daripada seperti yang dijangkakan selama 3 minggu.
Rooney yang baru menandatangani kontrak 5 tahun di Old Trafford sekarang sedang berehat di Dubai selepas tercedera sewaktu menjalani latihan minggu lepas.
Pada waktu ini Manchester United juga telah merehatkan Michael Owen yang terpaksa disisihkan lagi kerana mengalami kecederaan hamstring.
Buat masa ini United hanya mempunyai 3 pilihan penyerang sahaja iaitu Javier Hernandez, Dimitar Berbatov dan Federico Macheda.
Labels:
EPL : Manchester United
Thursday, October 28, 2010
Gregory van Der Wiel : Rebutan Man Utd dan Arsenal
![]() |
| Van Der Wiel antara pemain yang konsisten sepanjang WC lalu. |
Van der Wiel yang juga pemain antarabangsa Belanda telah dikaitkan dengan perpindahannya ke Arsenal sejak Januari lalu lagi tetapi harganya dikatakan melambung setelah berjaya membantu Belanda mara sehingga ke peringkat akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Dia juga sentiasa berada pada ranking yang terbaik sepanjang kejohanan berdasarkan indeks nilaian Castrol-FIFA.
Tetapi kini dikatakan Arsene Wenger terpaksa berhadapan dengan saingan hebat daripada Manchester United yang kini dikatakan juga sedang memikat pemain pertahanan muda terbaik di Eropah ini.
Machester United dikatakan sedang berusaha untuk mengrekrut muka baru dibahagian pertahanan kanan mereka setelah pemain pilihan utama mereka sekarang Rafael dikatakan tidak menghadapi saingan dibahagian tersebut selepas ini kerana usia Gary Neville yang kini telah menjangkau 35 tahun manakala Wes Brown pula 31 tahun. Dan Alex Ferguson juga dikatakan amat tidak berpuashati dengan persembahan pertahanan United yang kini telah memboloskan 11 gol daripada 8 perlawanan manakala tahun sebelumnya mereka hanya melepaskan 28 gol daripada 38 perlawanan.
Labels:
EPL : Arsenal,
EPL : Manchester United
Arsenal mahukan pertahanan U-21 Jerman
Terdengar khabar angin yang mengatakan Arsenal sedang memerhatikan pertahanan tengah U21 Jerman dan pemain 22 tahun Schalke 04 Benedikt Howedes. Permainan cemerlang Howedes sepanjang kempen Budesliga telah menarik perhatian Arsenal untuk membawanya ke Utara London.
Berhadapan dengan masalah pertahanan pasukan yang tidak konsisten, Howedes dikatakan dapat mengimbangi kekurangan ini dan berkemampuan untuk membantu barisan hadapan pasukan.
Dikatakan Arsenal telah bersedia untuk membuat pembelian sebanyak £8Million dan Schalke dikatakan tidak mempunyai pilihan untuk menolak tawaran tersebut memandangkan kedudukan kewangan mereka yang lemah pada masa ini.

EPL : Arsenal
Wednesday, October 27, 2010
Liverpool akan lebih berhati-hati membeli pemain Januari ini.
![]() |
| John W Henry, "Pendekatan pada Boston Red Sox akan dibawa ke Liverpool" |
NESV tidak mahu bayaran perpindahan dan gaji yang dibelanjakan kelab melampaui kebolehan kelab untuk berbelanja selepas proses pembelian £300 million Anfield tamat. Kata peneraju baru Liverpool bersama NESV, John W Henry.
Semasa 6 tahun dibawah Rafael BenÃtez, Liverpool telah menggunakan lebih £230 million dan menggunakan sejumlah £25 million lagi pada awal musim iniuntuk mendapatkan Raul Meireles, Christian Poulsen, Brad Jones dan Paul Konchesky.
NESV dikatakan akan menggunakan pendekatan yang sama seperti digunakan kepada sebuah lagi kelab kepunyaan mereka Boston Red Sox contohnya membeli pemain bukan berdasarkan kepada populariti untuk menarik minat penyokong, sebaliknya dasar pemilihan pemain haruslah dinilai terlebih dahulu dan menggunakan polisi Manchester United sebagai model dengan dimana hanya pemain muda yang berpotensi dijual akan dibayar yuran perpindahan pemain.
Labels:
EPL : Liverpool
Subscribe to:
Posts (Atom)