Sunday, October 31, 2010

Tiada penjualan Reina dan Torres Januari ini.

Pengurus Liverpool, Roy Hodgson mengumumkan yang Pepe Reina dan Fernando Torres tidak akan dijual pada Januari nanti seterusnya dia memperingatkan semua pihak supaya tidak lagi mengadakan spekulasi perpindahan kedua-dua pemain tersebut yang dikatakan akan berpindah ke Manchester United, Manchester City dan Chelsea.

Hodgson menambah sebaliknya Liverpool akan menggunakan masa perpindahan Januari ini sebagai masa terbaik untuk memperkuatkan pasukan. Liverpool akan mendapatkan beberapa muka baru pada Januari nanti tetapi memberitahu peminat bahawa pemain yang dibeli nanti hanya bersandarkan kepada faedah jangkamasa panjang untuk kelab. Senarai pemain tersebut akan diberikan kepada John W Henry untuk pengesahan dan membincangkan pembelian pemain tersebut bersama eksekutif yang lain.

NESV amat menggalakkan Hodgson mendapatkan pemain muda dengan gaji yang murah dan nilai penjualan semula yang tinggi.

No comments:

Post a Comment