Tuesday, October 26, 2010

Kontrak terbaru Rooney mempunyai klausa pembatalan

Kontrak 5 tahun terbaru yang ditandatangani Wayne Rooney dan Manchester United dilaporkan mempumyai beberapa klausa pembatalan yang membolehkan penyerang yang baru menjangkau usia 25 tahun ini meniggalkan Manchester United pada harga £30M jika beberapa kriteria tidak menepati perjanjian yang akan dipertimbangkan setiap tahun.

Manchester United menolak dakwaan ini walaupun sessi perbincangan bersama agen Rooney Paul Stretford terpaksa memakan masa yang agak lama.

Mereka mendedahkan bayaran yang diterima Rooney adalah disekitar £160,000 seminggu dan boleh menjangkau £200,000 sekiranya beberapa insentif lain diambilkira.

No comments:

Post a Comment