Friday, October 22, 2010

Luis Suarez bakal menggantikan Rooney.

Seperti dijangkakan sekiranya Wayne Rooney terpaksa dijual oleh Manchester United, adalah dijangkakan juga jumlah wang yang diterima daripada hasil penjualan tersebut akan dilaburkan kepada Ajax Amsterdam untuk membeli Luis Suarez.

Diketahui Suarez yang berusia 23 tahun sekarang bukanlah bidan terjun yang dipilih setelah Manchester United bakal kehilangan ayam tambatan mereka nanti. Dilaporkan bahawa Alex Ferguson sebenarnya telah dua tahun mencuba untuk membawa Suarez ke Old Traffold tetapi hajatnya tidak kesampaian setelah Ajax mahukan perpindahan itu dengan harga £30M. Kini sekiranya Rooney memang sudah pasti dijual adalah tidak mustahil juga Suarez akan dibawa ke Manchester United.

Pencapaian Suarez bersama Ajax juga boleh dikatakan amat memberangsangkan setelah berjaya menjaringkan 49 gol daripada 48 perlawanan kelab. Dan Suarez juga menunjukkan persembahan yang baik ketika bersama Uruguay semasa Piala Dunia lalu tetapi sedikit tercalar kerana kontroversi dia menampan bola dihadapan pintu gol Uruguay semasa perlawanan Suku Akhir menentang Ghana.

Suarez juga dikatakan amat berminat untuk menyertai Manchester United di EPL berbanding pasukan gergasi yang lain.

Rekod Jaringan Suarez sehingga sekarang.
  Tahun       Pasukan          Apps(Gls) 
2005–2006    Nacional          29 (12) 
2006–2007    Groningen         29 (10) 
2007–          Ajax           104 (81) 

Pasukan Kebangsaan Uruguay.
2007–        Uruguay           37 (16) 

No comments:

Post a Comment