Tuesday, October 26, 2010

Bastian Schweinsteiger sasaran Manchester United Januari nanti

Sir Alex Ferguson telah mengenalpasti bintang Bayern Munich Bastian Schweinsteiger sebagai kemungkinan pengganti jangka panjang kepada Paul Scholes, 35 yang mungkin akan bersara pada tahun hadapan.

Dilaporkan bahawa midfield berusia 26 tahun ini yang telah memenangi 6 kejuaraan Budesliga daripada 9 tahun penampilannya bersama Bayern juga telah bersedia untuk berpindah.

Bagaimanapun United terpaksa menghadapi saingan daripada 3 gergasi Eropah yang lain iaitu Inter Milan, Barcelona dan Real Madrid. Selain Chelsea dan Manchester City yang mungkin akan turut menyertai untuk mendapatkan pemain berharga £20million ini.

Selain Bastian Schweinsteiger, Manchester United juga telah dikaitkan dengan Wesley Sneidjer daripada Inter MIlan.

No comments:

Post a Comment