Monday, October 4, 2010

Liverpool dimalukan Blackpool di Anfield

Gol penalti jaringan Charlie Adam pada minit ke-29 memberi Blackpool jaringan pertama permainan.
Ditambah dengan pelbagai permasalahan di luar padang Anfield kini ia mula menular ke dalam selepas Liverpool dimalukan oleh Blackpool dengan kekalahan 1-2 di arena sendiri semasa perlawanan EPL malam tadi.

Sebelum perlawanan itu beribu peminat Liverpool telah mengadakan protes sebagai menunjukkan perasaan mereka tidak mahu kelab tersebut terus dimiliki oleh Tom Hicks dan George Gillet. Ketegangan sebelum perlawanan ini rupanya berlarutan sehingga tamat 90 minit perlawanan selepas Liverpool tewas 1-2 ditangan muka baru ke EPL tahun ini.

Kekalahan ini juga mengakibatkan Liverpool buat pertama kali berada pada zon penyingkiran selepas 24 tahun. Dianggarkan seramai 43,156 penonton hadir pada perlawanan tersebut. Dua gol Blackpool dijaringkan oleh Adam (29) dan Varney (45+1) manakala gol Liverpool oleh Kyrgiakos (53).

No comments:

Post a Comment