Saturday, October 30, 2010

Rooney mungkin direhatkan untuk jangka panjang.

Selain Berbatov, Javier Hernandez akan juga digunakan oleh Alex Furgeson
 untuk perlawanan akan datang setelah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang
dengan 4 gol didalam 4 perlawanan terakhir bersama Manchester United.
"Kecederaan buku lali Wayne Rooney adalah lebih buruk daripada apa yang dijangkakan", inilah kenyataan terbaru pengurus Manchester United Alex Ferguson.

Nampaknya Rooney tidak akan beraksi menentang Manchester City pada 10 November nanti kerana kecederaan Rooney mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk pulih lebih daripada seperti yang dijangkakan selama 3 minggu.

Rooney yang baru menandatangani kontrak 5 tahun di Old Trafford sekarang sedang berehat di Dubai selepas tercedera sewaktu menjalani latihan minggu lepas.

Pada waktu ini Manchester United juga telah merehatkan Michael Owen yang terpaksa disisihkan lagi kerana mengalami kecederaan hamstring.

Buat masa ini United hanya mempunyai 3 pilihan penyerang sahaja iaitu Javier Hernandez, Dimitar Berbatov dan Federico Macheda.

No comments:

Post a Comment