Wednesday, October 13, 2010

Keputusan mahkamah berhubung hutang Liverpool Rabu ini

Pengadilan dari Mahkamah Tinggi berhubung kes antara Royal Bank of Scotland dan pemilik bersama Liverpool Tom Hicks dan George Gillett akan didengar pada Rabu mingu ini.

Peminat Liverpool yang sentiasa menantikan masa depan kelab mereka ini akan mendapat keputusan selewatnya pada petang Rabu nanti.

Mahkamah Tinggi London menjadi tumpuan media berikutan ketegangan yang berlaku semasa proses pembelian sebahagian saham Liverpool kepada NESV telah dibantah oleh pemilik Liverpool dan telah mengheret keputusan dilakukan di mahkamah pada minggu lalu.
Dalam perkembangan lain, selain daripada NESV kini muncul dua lagi pelabur yang berminat dengan Liverpool iaitu seorang ahli perniagaan dari Singapura yang ingin memberi pelaburan sebanyak £320M dan sebuah firma kewangan dari Amerika yang menawarkan untuk melangsaikan semua hutang Liverpool termasuk komitmen untuk membina sebuah stadium dengan harga £100M.

No comments:

Post a Comment