Monday, October 11, 2010

Carlos Tevez memikirkan untuk bersara

Kerana kekecewaannya dengan pengurus pasukan Manchester City Roberto Mancini, Carlos Tevez mengaku yang dia ada memikirkan untuk menggantung butnya. Penyerang ini juga telah menyerahkan status Kapten pasukan kepada Mancini pada awal musim lalu tetapi golnya keatas Chelsea pada minggu lepas telah melabelkan beliau sebagai antara penyerang yang digeruni di EPL.
Walaubagaimanapun pemain yang berusia 26 tahun ini menyatakan bahawa dia sentiasa bergelut untuk memotivasikan dirinya di padang dan juga memekirkan untuk bersara.

"Usia saya semakin meningkat, saya sudah mula memikirkan mengenai beberapa perkara dan saya merasakan saya kurang bertoleransi sekarang berbanding beberapa tahun lepas. Dan saya juga memikirkan - apa akan berlaku sekiranya saya bersara".

"Bila berkata mengenai bersara didalam bolasepak, ia bukan hanya pasukan kebangsaaan. Cuma pada saat ini saya tidak pasti bilakah ia akan berlaku, mungkin sebulan, setahun, tiga atau lima tahun".

No comments:

Post a Comment