Wednesday, October 6, 2010

Pencarian penjaga gol Manchester United

Bakal kehilangan penjaga gol utama mereka Edwin Van Der Sar pada musim hadapan yang berkemungkinan akan bersara, Manchester United kini sedang berusaha untuk mendapatkan penjaga gol yang berkaliber. Nampaknya Sir Alex sudah pun memerhatikan beberapa pemain yang dikehendaki sejak setahun lalu. Berikut adalah nama beberapa penjaga gol yang dikaitkan dengan senarai yang diperhatikan oleh Alex Furgeson.

Anders Lindegaard
Berusia 26 tahun dan bermain untuk Aalesunds FK di Norway sekarang dan adalah penjaga gol utama Denmark setelah kecederaan Thomas Sørensen. Dianggap sebagai 'the next Peter Schmeichel' di Denmark. Bayern Munich, Arsenal dan Inter Milan juga dikatakan berminat dengan pemain ini.


David de Gea
Berusia 19 tahun dan bermain untuk Atletico Madrid di Sepanyol. Dia telah menolak tawaran Wigan pada tahun lalu kerana berminat untuk menggantikan Van Der Sar.

Hugo Lloris
Berusia 23 tahun dan bermain untuk Kelab Lyon di Perancis dan adalah penjaga gol utama Perancis sekarang dengan mendapat 16 caps setakat ini. Telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal pada Ogos lepas dengan bayaran £14M dan swap untuk Almunia tetapi tidak diketahui mengapa urusniaga tersebut gagal.

Igor Akinfeev
Berusia 24 tahun dan bermain untuk CSKA Moscow dan adalah penjaga gol utama Russia sejak 2004 lalu. Dia sudah diperhatikan oleh Juventus, Manchester United dan Arsenal sejak musim perpindahan lepas.

Manuel Neuer
Berusia 24 tahun dan bermain untuk Schalke 04 di Jerman dan adalah penjaga gol pilihan Jerman sejak tahun lalu. Selain Manchester United, Bayern Munich juga dikatakan berminat dengan pemain ini. Kontrakny aakan tamat pada 2012 tetapi dikatakan tidak mahu terus berada di Schalke.

Rais M'Bolhi
Dilaporkan pemain ini pernah melalui latihan selama seminggu di Old Trafford pada tahun lepas. Berusia 24 tahun dan sekarang bermain secara pinjaman untuk CSKA Sofia di Bulgaria. Dia juga pernah bermain untuk Algeria walaupun pada peringkat bawah umur bermain untuk Perancis.

No comments:

Post a Comment