Saturday, October 9, 2010

Ben Arfa larang de Jong melawatnya di hospital

Pemain Newcastle Hatem Ben Arfa memberitahu pemain Machester City Nigel de Jong supaya jangan melawatnya di hospital.

Ben Arfa telah pun selamat menjalani pembedahan di Hospital Manchester apabila tulang kakinya patah dua kerat setelah di tackle oleh De Jong semasa perlawanan EPL di Estland minggu lepas.

De Jong memberitahu hari ini yang dia sangat menyesal atas apa yang berlaku semasa membuat tackle tersebut dan ada menghubungi Ben Arfa untuk melawatnya dan Ben Arfa tidak mahu diganggu.
Kesilapan de Jong ini juga mengakibatkan dia telah digugurkan daripada skuad Belanda.

De Jong juga telah mendapat perhatian umum setelah gambarnya membuat tackle keatas Xabi Alonso semasa perlawanan  akhir Piala Dunia lalu tersebar diseluruh dunia.

No comments:

Post a Comment