Saturday, October 9, 2010

Built by the Shanks, Broke by the Yanks

Sebelum 1960 Liverpool bukanlah sebuah kelab yang gah di England dan ditubuhkan pada 1892 pun adalah disebabkan pepecahan daripada Everton. Hanya beberapa kejuaraan sahaja yang dimenangi Liverpool sebelum 1960.

Tetapi selepas ia diuruskan oleh Bill Shankly pada 1958, dia telah membuat pengubahsuaian drastik dengan menggugurkan 24 pemain Liverpool pada masa itu dan mengubah keseluruhan sistem pengurusan Liverpool hingga ia muncul sebagai satu kuasa besar di Liga Utama England. Seterusnya Liverpool terus gah semasa era 1980an bersama Kenny Dalglish dengan mendominasi pelbagai kejuaraan pada masa itu dengan pasukan yang dibarisi oleh pemain-pemain seperti Ian Rush dan John Barnes.

Itulah gambaran kelab ini semasa dahulu dan penyokong Liverpool sendiri menganggap Bill Shankly sebagai seorang lagenda bolasepak  mereka atas usaha-usahanya untuk membawa Liverpool mencapai kegemilangan hingga ke seluruh Eropah.
Tugu Bill Shankly yang berada di luar Anfield
Lain pula ceritanya pada hari ini, peminat-peminat Liverpool yang nyatanya kecewa dengan pencapaian pasukan ini mahu segera tampuk pemilikan Liverpool berubah tangan. Liverpool kini dimiliki oleh pemegang saham terbesar The Kop George Gillet dan Tom Hicks sejak February 2007.

Kedua-dua pemilik ini bertanggungjawab membawa Rafael Benitez ke Anfield yang dikatakan menjadi punca kejatuhan Liverpool pada masa sekarang. Benitez jugalah yang banyak menghabiskan wang kelab dengan pembelian-pembelian yang kurang bijak dan melakukan urusniaga yang tidak munasabah yang merugikan kelab sehinggalah dia disingkirkan pada musim lalu.

Kini, Benitez sudah tiada di Anfiled dan hanya tinggal dua pemilik dari Amerika ini sahaja yang berkuasa di Anfield dan rata-ratanya semua peminat Liverpool mahu mereka juga dikeluarkan. Tapi nampaknya kedua-dua pembesar di Anfield ini masih enggan berundur walaupun The Kop dibelenggu dengan masalah hutang yang besar. Mereka telah mengheret urusniaga pembelian kelab yang terbaru kepada NESV ke mahkamah walaupun tarikh akhir pembayaran hutang semakin dekat. Keadaan ini seterusnya akan lebih merumitkan Liverpool yang kini berada di zon penyingkiran EPL.

Lebih buruk sekiranya hutang The Kop kepada RBS yang bernilai £237M itu tidak diselesaikan sebelum 15 Oktober ini, maka Royal Bank of Scotland boleh mengistiharkan Liverpool sebagai muflis dan berhak mengubah status "pemilikan" The Kop kepada "pentadbiran" dan seterusnya FA akan menggunakan polisi mereka untuk menolak mata Liverpool di EPL sebanyak sembilan mata.

No comments:

Post a Comment