Saturday, October 9, 2010

Keisuke Honda calon pilihan Wenger mengantikan Fabregas

Setelah Barcelona gagal mendapatkan Fabregas pada musim ini, Wenger nampaknya sudah bersedia untuk mendapatkan penganti sekiranya tawaran dari Barcelona muncul kembali pada musim hadapan.

Sehingga kini Wenger telahpun membuat beberapa pilihan pemain yang berkebolehan menggantikan posisi yang ditinggal Fabregas. Mereka ialah :

1. Jack Wilshere
Adalah antara pemain yang paling menyinar di Arsenal sekarang dan sering mendapat pujian dari akhbar. Telah menunjukan kematangannya pada musim ini dan telahpun diserap ke skuad England. Tetapi dia mesti berusaha meningkatkan kebolehannya berfungsi sebagai pertahanan tengah.
 
2. Samir Nasri
Nasri lebih selesa bermain dibahagian serangan tengah dan sayap. Kepantasannya mungkin akan memberi kelebihan kepadanya untuk menggantikan Fabregas tetapi Nasri jarang dilihat membuat hantaran panjang dan selalunya akan berlari dan memboloskan diri dari pertahan lawan. Namun dengan kualiti yang ada padanya tidak mustahil dia boleh mengubah corak permainannya.

3. Aaron Ramsey
Pemain antarabangsa Wales ini juga adalah antara pemain masa hadapan Arsenal dan boleh bermain dengan kedua-dua kaki. Kelebihannya adalah kebolehannya membuat percubaan jauh dan mampu membuat hantaran jauh yang tepat. Kualiti yang diperlukan untuk menggantikan Fabregas. Dia adalah calon terbaik untuk menggantikan Fabregas tetapi masalah kecederaan panjangnya selama sembilan bulan mengakibatkan dia kurang bermain dan Wenger terpaksa mendapatkan option lain setakat ini.

4. Keisuke Honda
Sekarang bermain di CSKA Moskow dan Arsenal menjangkakan akan mendapatkannya pada Januari ini. Daripada empat pilihan Wenger hanya Honda yang bukan daripada anak buahnya tetapi Wenger sangat teruja dengan permainan pemain antarabangsa Jepun ini. Wenger menyatakan Honda adalah pemain terbaik sepanjang Piala Dunia yang lalu cuma dia tidak mendapat perhatian kerana bermain untuk Jepun.

Honda adalah pemain serba boleh, pemain yang boleh membuat sepakan percuma dengan baik, dia boleh bermain dengan kedua-dua kakinya dan boleh bermain sebagai penyerang ataupun attacking midfielder. Seorang pemain yang rajin yang mampu kembali ke posisi bertahan dengan pantas dan larian pantasnya amat berguna sekiranya Arsenal membuat counter-attack. Ini adalah kualiti pemain yang diperlukan Arsenal kerana mereka tidak dapat bertahan dengan baik sebagai satu pasukan.

Kebolehannya menjaringkan gol dari jarak jauh dengan beberapa rekod gol-gol sensasinya di Jepun juga amat menarik perhatian Wenger yang menjadikan dia sebagai option utama Wenger untuk menggantikan Fabregas.

No comments:

Post a Comment