Monday, October 11, 2010

Ancelotti cuba dapatkan Kaka

Pengurus Chelsea Carlo Ancelloti dikatakan cuba mendapatkan Kaka, pemain Brazil dan Real Madrid untuk ke Chelsea. Kaka dan Ancelloti pernah bekerjasama selama 6 tahun semasa di AC Milan dulu.

Kaka tiba di Real pada musim panas 2009 dengan harga £56million dari Milan bersama-sama dengan Cristiano Ronaldo tetapi dia terpaksa bergelut untuk mendapatkan prestasi dan impak. Dia dikatakan terpaksa dilepaskan selepas setahun bersama Real dan Chelsea adalah antara kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun ini selain daripada Inter Milan, Manchester United, Manchester City dan Liverpool.

No comments:

Post a Comment