Saturday, October 2, 2010

Tottenham membuat penawaran kontroversi untuk mendapatkan Stadium Olympic London

Selepas West Ham mambuat tawarannya untuk mendapatkan hak untuk menjadi tuan rumah venue terbaru di England ini, Kini Tottenham pula menghantar kertas cadangan yang serupa untuk bersaing bagi memiliki Stadium yang mampu memuatkan 80,000 kapasiti penonton ini.

Namun keputusan Tottenham ini menimbulkan kontroversi kerana mereka baru sahaja diberikan kelulusan oleh pihak penguasa tempatan untuk mengubahsuai White Hart Lane yang memakan belanja £400 juta.

Walaubagaimanapun, pemilik Tottenham memberi alasan bahawa Spurs telah melakukan keputusan yang betul kerana mereka telah memperhalusi semua kemungkinan diatas tindakkan tersebut demi kebaikkan kepada kelab pada masa hadapan. Semuanya adalah untuk pembangunan kelab, penyokong dan pemegang saham kelab.

No comments:

Post a Comment