Saturday, October 9, 2010

Macheda mohon maaf pada Rooney atas kenyataan kesatnya.

Penyerang muda dari Itali ini yang dilihat oleh Sir Alex mempunyai prospek yang baik pada masa hadapan telah memberi kenyataan kepada akhbar di Itali yang mengatakan rakan sepasukannya Wayne Rooney sebagai "Coatto". Di Itali ia membawa maksud seorang dari golongan bawahan yang bekerja.

Bagaimanapun hari ini dia memaklumkan bahawa kenyataan itu tidak mempunyai niat untuk menyindir Rooney dan menyatakan dia adalah seorang yang hebat dan selalu memberi nasihat padanya. Cuma kenyataan ini telah disensasikan oleh wartawan kerana Rooney yang baru-baru ini telah di kritik umum kerana skandal seksnya.

Macheda telahpun memohon maaf kepada Rooney melalui ketua pasukan mereka Rio Ferdinand.

No comments:

Post a Comment