Wednesday, October 13, 2010

Perlawanan Kelayakan Euro 2012 Itali -Serbia dibatalkan

Perlawanan Kelayakan Euro 2012 Itali -Serbia dibatalkan gara-gara ganguan penyokong. Perlawanan yang berlangsung selama 8 minit itu juga terpaksa ditangguh sebelumnya kerana gangguan penonton di dalam dan diluar stadium.

Peminat Serbia dilaporkan membuat kekacauan sepanjang hari sebelum perlawanan termasuk laporan yang memberitahu mereka telah menyerang bas pasukan mereka menyebabkan penjaga gol Vladimir Stoijkovic mebalami kecederaan akibat bunga api yang dibuang kedalam bas.

Kekacauan membawa hingga kedalam padang semasa pemain Serbia mula memasuki gelanggang apabila 100 penyokong Serbia memasuki kedalam padang dan berlaku ketengangan dengan pasukan keselamatan dan memaksa pemain Serbia balik ke bilik persalinan.

Selepas dileraikan dan perlawanan dimulakan, selepas 6 minit perlawanan penonton melontar bunga api ke padang berhampiran penjaga gol Itali Emiliano Viviano. Perlawanan akhirnya terpaksa dibatalkan selepas 8 minit berlangsung oleh pegadil Craig Thomson.

No comments:

Post a Comment