Monday, October 18, 2010

Tiada lagi Rooney untuk Manchester United

Wayne Rooney memberitahu Manchester United yang dia tidak akan menandatangani perjanjian baru di Old Trafford dan seterusnya memaksa kelab untuk menjualnya pada Januari nanti. Perkara tersebut telahpun diumumkan pada minggu lepas yang dia tidak mahu meneruskan kontraknya sekarang yang dibayar dengan £90,000 seminggu dan akan berakhir pada Jun 2012.

Walaupun United telah menolak khabar angin yang Rooney akan meninggalkan Manchester United akibat pergeserannya dengan Sir Alex tetapi penyokong Man United harus menerima realiti ini. Hubungan Rooney-Furgeson tercalar pada awal musim ini akibat pendedahan skandal seks Rooney yang mendapatkan khidmat pelacur tersebar luas di media.

Manchester United harus segera menjual Rooney kerana harganya akan menjunam pada tahun terakhir khidmatnya bersama United tahun hadapan. Rooney adalah bintang terbaru United yang dikaitkan dengan pergeseran bersama Furgeson setelah terdahulunya Furgeson juga pernah bercakaran dengan pemain-pemain bintangnya seperti David Beckham, Ruud van Nistelrooy dan Roy Keane.

Rooney kini telahpun dikaitkan dengan perpindahannya ke Manchester City dengan prospek bayaran £200,000 seminggu selain dari tawaran daripada Real Madrid dan Barcelona yang mahukan Rooney dengan bayaran perpindahan £50 M.

No comments:

Post a Comment