Monday, October 4, 2010

Sven Goran Erikson mengesahkan sebagai Pengurus Baru Leicester City

Sven Goran Eriksson telah mengesahkan jawatan sebagai pengurus baru Leicester City dan akan memulakan tugasnya secepat mungkin dengan menyertai pasukan ke Thailand untuk perlawanan persahabatan menentang Thailand 9 Oktober nanti.

Eriksson yang baru tiba ke Walkers Stadium pagi ini secara rasminya akan mengantikan pengurus terdahulu Paulo Sousa yang disingkirkan Jumaat lalu selepas menerajui Leicester sebanyak sembilan perlawanan. Dia memberitahu yang beliau sangat senang berada di Leicester dan akan memulakan tugas pengurusannya secepat mungkin.

Pemilik Leicester, Aiyawatt Raksriaksorn berkata kedatangan Erikson sangat-sangat dialu-alukan dan mereka berbangga kerana mempunyai seorang pengurus yang hebat dan mengharap Erikson dapat mencurahkan kebolehannya untuk membawa kelab tersebut ke EPL.
Perlawanan rasmi Eriksson yang pertama nanti adalah perlawanan menentang Hull City di dalam liga Championship pada Sabtu 16 Oktober nanti di Walkers Stadium.

No comments:

Post a Comment