Wednesday, October 20, 2010

Bila Benitez mula bersuara....

Setelah sebelum ini Benitez dikecam hebat oleh berbagai pihak termasuk beberapa pengurus pasukan yang berpengaruh yang pernah menjadi seterunya dahulu, kini dia tidak dapat berdiam diri lagi setelah semalam bekas pemilik Liverpool Tom Hicks secara terbuka menuduhnya sebagai dalang yang menjadi punca kejatuhan Liverpool.

Yang peliknya dia telah mengheret perang mulut ini bertukar situasi yang lebih gempar dengan membentuk perang tiga segi setelah mengaitkan pihak ketiga yang juga adalah orang yang bertanggungjawab menyingkirkan Tom Hicks dari Anfield iaitu Pengarah Urusan Liverpool sekarang Christian Purslow.

Ini kerana Benitez telah mendedahkan kesilapan Hicks sendiri yang telah melantik Purslow sebagai Pengarah Urusan Liverpool pada awal musim lalu dan seterusnya mula merumitkan Benitez untuk membuat keputusan-keputusan untuk kebaikkan Liverpool.


Benitez mempersoalkan yang dia telah membawa Liverpool pada kedudukan kedua EPL pada 2009 dengan mengutip 86 mata tetapi tahun lepas dengan kemasukan Purslow Liverpool berada pada kedudukan ketujuh.

Benitez menegaskan kemasukkan Purslow menyebabkan segala-galanya berubah di Liverpool dengan Purslow juga mendapat kuasa untuk membuat keputusan termasuklah menukar peguam kelab, ketua akhbar, pengurus kelab, staf perubatan, jurulatih kecergasan dan kemasukan 9 pemain baru kedalam skuad.
Benitez menambah dipermulaannya hanya Pengarah Urusan yang ditukar tetapi akhirnya semuanya telah berubah dengan menguburkan segala usaha yang telah dilakukan Benitez sebelumnya.

No comments:

Post a Comment