Tuesday, October 26, 2010

Man Utd mahukan 2 "Star player" Januari ini untuk penuhi tuntutan Rooney.

Mungkin untuk memenuhi permintaan Rooney yang mahukan pengurusan memperbaiki kualiti pasukan, Manchester United telah mensasarkan dua pemain bintang berkelas dunia sekaligus pada Januari ini iaitu Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich) dan Wesley Sneijder (Inter Milan).

Rooney minggu lepas secara terbuka telah meluah rasa kebimbangannya keatas masa hadapan pasukan yang kurang berkualiti dan mengumumkan hasrat untuk meninggalkan kelab unutuk memudahkannya mendapatkan kejayaan karier bolasepak di kelab lain.

Dengan kehadiran dua bintang tersebut Manchester United akan lebih bersedia untuk menghadapi lawan seperti Chelsea dan Manchester City.
Schweinsteiger yang telahpun bersama Bayern Munich sepanjang kariernya kini mahukan perubahan setelah prestasi Bayern dikatakan telah merudum sepanjang dua musim ini dan United mengambil peluang ini dengan bersedia membelanjakan sebanyak £18 million untuknya.

Wesley Sneijder telahpun dikaitkan dengan United sejak beberapa minggu lalu setelah perbincangan kontrak terbarunya bersama Inter Milan belum lagi memperolehi kata putus sehingga kini. Dilaporkan kedudukan Sneidjer di Inter akan diketahui pada hari ini.

No comments:

Post a Comment