Sunday, October 24, 2010

PSV tewaskan Feyenoord 10-0

Post ini agak "off theme" tetapi benarkah persoalan yang mengatakan adalah mudah untuk menjaringkan gol didalam Liga Eredevisie Belanda berbanding Liga-liga lain di Eropah?

Oleh itu adalah tidak mustahil pemain seperti Luis Suarez yang bersama Ajax sekarang boleh menjaringkan 80 gol daripada 100 perlawanan yang dimainkannya. Ruud Van Nisterooy juga pernah melakukannya dahulu apabila bersama PSV dengan melakukan 67 gol daripada 62 perlawanan.

Pasukan Feyenoord Rotterdam menerima kekalahan paling teruk sejak ditubuhkan dengan ditewaskan PSV semalam. PSV mengambil kesempatan keatas pemain Feyenoord yang dibuang padand kerana menerima 2 kad kuning pada minit ke-27 dan 34.

            PSV Eindhoven [10 - 0] Feyenoord
25' [1 - 0] J. Reis            34' K. Leerdam(red)
39' [2 - 0] I. Afellay 
47' [3 - 0] J. Reis 
49' [4 - 0] O. Toivonen 
55' [5 - 0] J. Lens 
59' [6 - 0] J. Reis 
62' [7 - 0] B. Dzsudzsak 
69' [8 - 0] O. Engelaar 
77' [9 - 0] B. Dzsudzsak (pen.) 
87' [10 - 0] J. Lens 

No comments:

Post a Comment