Friday, October 8, 2010

Perebutan Lembaga Pengarah The Kop

Perebutan kuasa Ahli Lembaga Pengarah antara pihak Ahli Kumpulan Broughton bersama Pengarah Urusan Christian Purslow dan Pengarah Komersial Ian Ayre menentang Hicks and George Gillett untuk mendapatkan hak pemilikan sedang berlaku didalam The Kop pada waktu sekarang walaupun pengerusi di Anfield Martin Broughton menyatakan bahawa masalah ini akan diselesaikan selewatnya pada minggu ini.

Hicks percaya urusniaga penjualan kelab kepada New England Sports Ventures (NESV) untuk £300m adalah tidak sah dan dia telah menukar ahli lembaga dengan mengeluarkan Purslow dan Ayre dengan menggantikan mereka kepada anak Mack and Lori McCutcheon. Hicks juga berikrar akan menetang lawan mereka habis-habisan.

Broughton berkata kelmarin Hicks telah menolak pengambilalalihan tersebut untuk diberikan kepada pemberi kredit terbesar RBS. Akibatnya keputusan ini terpaksa diputuskan di Mahkamah Tinggi pada awal minggu depan. Oleh sebab itu hak pemilikan kelab terpaksa diputuskan seminggu lagi sebelum Jumaat depan pada tarikh pembayaran semula hutang £237m kepada RBS.

No comments:

Post a Comment