![]() |
Hubungan dingin kembali ceria selepas ini. |
Alex Furgeson mengakui yang dia mengalami minggu yang sukar menangani tekanan media yang bertali arus yang mahukan kata putus mengenai kedudukan Rooney di Old Trafford. Dia memberitahu Rooney yang kehadirannya didalam pasukan amat diperlukan rakan-rakannya dan bergembira kerana akhirnya Rooney bersetuju untuk terus berada di Manchester.
Berita ini patut diraikan oleh peminat Manchester United yang mengharap pemain yang bersama United sejak perpindahannya dari Everton pada 2004 lalu dilanjutkan lagi. Terdapat juga laporan yang mengatakan beberapa penyokong Manchester United telah mambuat bantahan secara berperingkat di halaman rumah Rooney selama 24 jam lalu.
Rooney memberitahu yang dia amat gembira dengan penyambungan kontrak ini walaupun beberapa hari lalu memikirkan untuk berubah haluan. Dia mengakui yang Ferguson dan pemilik kelab ini mendesaknya untuk terus berada di United.
No comments:
Post a Comment