Thursday, October 14, 2010

Tom Hicks dan George Gillett tewas di Mahkamah


Peminat Liverpool, Broughton dan Purslow merayakan kemenangan
mereka di luar mahkamah.

Ahli Lembaga Pengarah Liverpool kini boleh bernafas lega dan membincangkan mengenai tawaran-tawaran pembelian yang akan diterima Liverpool setelah Tom Hicks dan George Gillett telahpun kalah didalam pengadilan Mahkamah Tinggi London.

Ini membolehkan Ahli Lembaga Pengarah Liverpool menjual kelab untuk melangsaikan hutang £285million mereka kepada Royal Bank of Scotland sebelum Jumaat ini dan mengelakkan status "Holding" kelab berubah kepada status pentadbiran yang membolehkan Liverpool di tolak 9 mata kutipannya didalam liga.

Terdapat dua pengeluar dana pada masa ini telah menunjukkan minat untuk membeli Liverpool. Terdahulu New England Sports Ventures (NESV) yang menawarkan £300m telahpun diterima oleh Liverpool tetapi telah tergendala kerana kes pembelian tersebut telah diseret ke mahkamah.

Tetapi menyusul pula kini adalah pihak kedua daripa seorang billionaire dari Singapura Peter Lim yang ingin membeli dengan harga £360m dan pihak ketiga daripada American hedge fund Mill Financial.

No comments:

Post a Comment