Wednesday, October 27, 2010

Liverpool akan lebih berhati-hati membeli pemain Januari ini.

John W Henry, "Pendekatan pada Boston Red Sox akan dibawa ke Liverpool"
Roy Hodgson tidak akan mensasarkan perbelanjaan yang besar pada sessi perpindahan Januari nanti setelah pemilik baru NESV mahu segera menghentikan pembelian boros kelab tersebut pada tahun-tahun sebelum ini.

NESV tidak mahu bayaran perpindahan dan gaji yang dibelanjakan kelab melampaui kebolehan kelab untuk berbelanja selepas proses pembelian £300 million Anfield tamat. Kata peneraju baru Liverpool bersama NESV, John W Henry.

Semasa 6 tahun dibawah Rafael Benítez, Liverpool telah menggunakan lebih £230 million dan menggunakan sejumlah £25 million lagi pada awal musim iniuntuk mendapatkan Raul Meireles, Christian Poulsen, Brad Jones dan Paul Konchesky.

NESV dikatakan akan menggunakan pendekatan yang sama seperti digunakan kepada sebuah lagi kelab kepunyaan mereka Boston Red Sox contohnya membeli pemain bukan berdasarkan kepada populariti untuk menarik minat penyokong, sebaliknya dasar pemilihan pemain haruslah dinilai terlebih dahulu dan menggunakan polisi Manchester United sebagai model dengan dimana hanya pemain muda yang berpotensi dijual akan dibayar yuran perpindahan pemain.

No comments:

Post a Comment