Saturday, October 2, 2010

Clash of the week : Chelsea vs Arsenal

Berikut adalah berita-berita yang menghangatkan kempen untuk kedua-dua gergasi di EPL ini.


Kematian bapa Ancelloti tidak merencatkan persiapan Chelsea
Berita kematian bapa Ancelloti, Giuseppe Ancelotti pada Rabu lepas tidak mungkin akan merencatkan persiapan Chelsea untuk berhadapan Arsenal nanti dan Ray Wilkins percaya kemenangan keatas Arsenal sedikit sebanyak akan dapat menggembirakan Carlo Ancelotti.

Pengurus Chelsea itu akan kembali ke England pada hari ini untuk mempersiapkan pasukan Chelsea untuk perlawanan Ahad ini.

Arsene Wenger : Arsenal akan menyerang habis-habisan
Wenger berkata rekod buruk Arsenal di Stamford Bridge tidak menjadi penghalang Arsenal untuk menewaskan Chelsea dan berjanji Arsenal akan bermain secara menyerang.

Arsenal hanya menang dua kali sahaja untuk tujuh belas perlawanan terakhir kedua-dua pasukan di Chelsea dan sekiranya Arsenal kalah mereka akan berada tujuh mata di belakan Chelsea. Wenger menambah corak pertahan terbaik ialah sentiasa menyerang lawan dan itu yang akan dilakukan Arsenal. Cara ini juga mampu mengelak pemain Chelsea mendominasi permainan.

Pemain bintang Arsenal sedang bergelut dengan kecederaan
Agak mengusarkan untuk Arsenal berhadapan dengan Chelsea nanti kerana ramai pemain mereka masih pagi dibelenggu kecederaan. Yang terbaru ialah Cesc Febregas yang gagal pulih daripada kecederaan hamstring selain beberapa pemain lain yang turut tidak dapat beraksi Thomas Vermaelen (Achilles), Robin van Persie (buku lali), Nicklas Bendtner (pangkal paha), Theo Walcott (buku lali) dan Manuel Almunia (siku).

No comments:

Post a Comment