Friday, October 22, 2010

Gareth Bale enggan raikan Hatrick pertama kariernya.

Aksi Gareth Bale menjaringkan salah satu golnya semalam.
Pemain sayap Tottenham Gareth Bale enggan meraikan jaringan hatrick pertama untuk kariernya selepas berjaya menjaringkan 3 gol semasa perlawanan menentang Inter Milan samalam. Ini berikutan gol-gol yang dijaringkan itu gagal membantu Totenham memenangi perlawanan yangn berakhir dengan kekalahan 3-4 Tottenham.

Pasukan mereka tersentak pada 35 minit pertama perlawanan selepas Inter berjaya menjaringkan 4 gol melalui Javier Zanetti, Samuel Eto'o (2) dan Dejan Stankovic.

Bale menjelaskan yang dia amat kecewa dengan persembahan mereka di awal permainan dan mengharap perkara tersebut tidak akan berlaku lagi selepas ini.

Jaringan hatrick ini seterusnya mungkin akan dapat menarik minat daripada kelab-kelab gergasi Eropah cuba untuk mendapatkannya setelah terdapat khabar angin sebelum ini yang menyebut Real Madrid kini sedan memerhatikan perkembangannya.

No comments:

Post a Comment