Wednesday, October 13, 2010

Anton Ferdinand berkemungkinan ditahan dan bicara

Pemain pertahanan Sunderland Anton Ferdinand berhadapan kemungkinan ditahan dan dibicarakan setelah gagal hadir ke mahkamah pengadilan Isnin lalu.
Dia diminta menghadirkan diri ke Mahkamah Mejistrate Newcastle setelah didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Sekiranya Anton hadir ke mahkamah, berkemungkinan dia digantung lesen memandu setelah sebelumnya telahpun mengumpul 9 mata kesalahan pada lesennya. Jurucakap pihak Polis memberitahu waran tanpa jaminan telahpun dikeluarkan dan dia boleh dibawa ke lokap mahkamah sebelum bertemu hakim. Tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

No comments:

Post a Comment