Thursday, October 28, 2010

Gregory van Der Wiel : Rebutan Man Utd dan Arsenal

Van Der Wiel antara pemain yang konsisten sepanjang WC lalu.
Pertahan Ajax Gregory van der Wiel sudah bersedia untuk berpindah ke EPL selepas dikatakan Arsenal dan Manchester United kini berlumba untuk mendapatkan pemain pertahanan kanan yang berusia 22 tahun ini.

Van der Wiel yang juga pemain antarabangsa Belanda telah dikaitkan dengan perpindahannya ke Arsenal sejak Januari lalu lagi tetapi harganya dikatakan melambung setelah berjaya membantu Belanda mara sehingga ke peringkat akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Dia juga sentiasa berada pada ranking yang terbaik sepanjang kejohanan berdasarkan indeks nilaian Castrol-FIFA.

Tetapi kini dikatakan Arsene Wenger terpaksa berhadapan dengan saingan hebat daripada Manchester United yang kini dikatakan juga sedang memikat pemain pertahanan muda terbaik di Eropah ini.

Machester United dikatakan sedang berusaha untuk mengrekrut muka baru dibahagian pertahanan kanan mereka setelah pemain pilihan utama mereka sekarang Rafael dikatakan tidak menghadapi saingan dibahagian tersebut selepas ini kerana usia Gary Neville yang kini telah menjangkau 35 tahun manakala Wes Brown pula 31 tahun. Dan Alex Ferguson juga dikatakan amat tidak berpuashati dengan persembahan pertahanan United yang kini telah memboloskan 11 gol daripada 8 perlawanan manakala tahun sebelumnya mereka hanya melepaskan 28 gol daripada 38 perlawanan.

No comments:

Post a Comment