Manchester United telahpun mengesahkan penjaga gol U21 Sepanyol ini telahpun menandatangani perjanjian selama 5 tahun dan telahpun lulus ujian kesihatan pada Isnin lalu.
De Gea yang banyak disamakan dengan Edwin Van Der Sar dikatakan mempunya prospek masa hadapan yang cerah baru sahaja menjuaraai Piala Kejuaraan Eropah U21 bersama Sepanyol. Dia amat bergembira dengan kelab barunya ini dan berjanji akan berusaha untuk mengekalkan reputasinya memandangkan dia kini berada di sebuah kelab yang ternama di Eropah.
Kehadiran De Gea ke Manchester United juga menandakan yang Tomasz Kuszczak bakal meninggalkan Old Trafford sedikit masa lagi.
Perpindahan ini menjadikan Manchester United kini telahpun membelanjakan sebanyak £50juta untuk mendapatkan pemain baru pada musim ini dan ini termasuklah Ashley Young da Phil Jones. Manchester United dijangkan akan berusaha untuk membawa seorang lagi pemain untuk menggantikan Paul Scholes yang bersara. Antara pemain yang disenaraikan adalah sasaran jangka panjang mereka, Wesley Sneidjer, Luka Modric dan Alexis Sanchez.
Thursday, June 30, 2011
Monday, June 20, 2011
Pemain sasaran Liverpool gagal akibat risiko kecederaan
Liverpool terpaksa berputih mata kerana mungkin terpaksa melepaskan pemain sasaran jangka panjang mereka, Sylvian Marveux dari Rennes. Pemain sayap ini bakal di ikat Liverpool dengan gaji di sekitar £60,000 seminggu setelah diperolehi dengan perpindahan percuma.
Pemain Perancis ini dipercayai telah diperhatikan oleh Comolli sejak tahun lepas dan mahukan dia segera ke Liverpool tetapi melengahkan perpindahan tersebut sehingga musim ini untuk memperolehinya secara percuma. Ikuti berita tersebut yang pernah di post di masa tambahan di sini.
Kegagalan ujian perubatan Marveux dilaporkan amat kronik kerana kecederaan pangkal paha yang dialaminya pada musim ini berkemungkinan akan berulang. Tidak mahu menanggung risiko akhirnya pihak pengurusan Liverpool memutuskan untuk menangguh seketika pemberian kontrak kepada Marveux.
Sekiranya gagal Newcastle United dikatakan sedang menunggu masa untuk menyambar pemain ini. Dan ini adalah pemain ketiga yang gagal diperolehi Liverpool setelah mereka kehilangan Phil Jones dan Ashley Young yang akan ke Manchester United. Liverpool pada masa ini bagaimanapun telah berjaya mengikat Jordan Henderson daripada Sunderland.

Labels:
EPL : Liverpool
Thursday, June 2, 2011
Tony Fernandes membida untuk mengambilalih West Ham
Tony Fernandes yang juga pemilik pasukan F1 Team Lotus dan CEO syarikat penerbangan AirAsia hari ini telah mengesahkan melalui halaman Twitternya yang dia telah membuat bidaan untuk mendapat kelab dari London ini. Ia adalah hari yang sama dimana pemilik sekarang David Gold dan David Sullivan mengesahkan nama pengurus baru West Ham Sam Allardyce.
Berita ini tidak begitu mengejutkan kerana dua tahun lalu Fernandes juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Newcastle United yang juga mengalami nasib serupa West Ham setelah digugurkan ke Liga kedua di England. tetapi dia telah menarik diri pada saat-saat akhir.
Fernandes dikatakan mula menunjukkan minat untuk mendapatkan West Ham atau sekurang-kurangnya mendapatkan sedikit pegangan sejak November lalu semasa pengerusi West Ham Andrew Bernhardt berada di Kuala Lumpur tetapi tiada persetujuan tercapai walaupun perbincangan tersebut berlarutan sehingga Januari 2011.
Sekiranya berjaya ini bermaksud Liga Kejuaraan nPower pada musim hadapan akan dibarisi oleh dua pasukan yang dimiliki oleh hartawan daripada Malaysia dimana Cardiff City pada masa ini dikatakan mendapat suntikan dana daripada Tan Sri Vincent Tan.

Berita EPL,
EPL : West Ham,
Stadium Olympic London
Monday, May 30, 2011
Barcelona 3 : 1 Manchester United
Demikian berakhirnya semalam perlawanan penutup tirai secara rasmi, liga-liga di Eropah yang dilangsungkan di Wembley, 28/5.
Minggu depan kita akan dipenuhkan pula dengan kisah pancing-memancing. Begitulah al-kisahnya setiap tahun, memang kita dihidangkan dengan plot-plot penceritaan yang sama cuma wataknya mungkin sedikit berubah. Yang peliknya saban tahun peminat-peminat bola semakin ramai.
Dengan kemenangan semalam Barcelona mengesahkan kejuaraan UCL adalah milik mereka buat kali keempat. Bagi Manchester United pula, dia menyifatkan pasukan Barcelona sekarang adalah pasukan yang paling sukar untuk mereka tumpaskan pada masa ini. Dia menambah Barcelona bermain dengan class yang tersendiri semalam dan mereka layak untuk bergelar juara.
Berikut adalah statistik perlawanan.
Rating mengikut seorang journalist terkemuka.
Barcelona
Victor Valdes 6
Daniel Alves 6
Gerard Pique 7
Javier Mascherano 6
Eric Abidal 7
Andres Iniesta 7
Sergio Busquets 7
Xavi Hernandez 9
David Villa 8
Lionel Messi 9
Pedro 8
Manchester United
Edwin van der Sar 6
Fabio 6
Rio Ferdinand 6
Nemanja Vidic 7
Patrice Evra 4
Antonio Valenica 5
Michael Carrick 6
Ryan Giggs 5
Park Ji-Sung 6
Wayne Rooney 8
Javier Hernandez 6

| BARCELONA 3 | - 1 MANCHESTER UNITED |
| Pedro (27) Messi (54) Villa (69) | Rooney (34) |
| Possession % ( 68 - 32 ) | |
| Shot off target ( 4 - 2 ) | |
| Tackles ( 15 - 23 ) | |
| Corner ( 6 - 0 ) | |
| Territory % ( 51 - 49 ) | |
| Short On Target (12 - 1 ) | |
| Offside ( 1 - 5) | |
| Passing Success % ( 89 - 79 ) |
Rating mengikut seorang journalist terkemuka.
Barcelona
Victor Valdes 6
Daniel Alves 6
Gerard Pique 7
Javier Mascherano 6
Eric Abidal 7
Andres Iniesta 7
Sergio Busquets 7
Xavi Hernandez 9
David Villa 8
Lionel Messi 9
Pedro 8
Manchester United
Edwin van der Sar 6
Fabio 6
Rio Ferdinand 6
Nemanja Vidic 7
Patrice Evra 4
Antonio Valenica 5
Michael Carrick 6
Ryan Giggs 5
Park Ji-Sung 6
Wayne Rooney 8
Javier Hernandez 6
Labels:
EPL : Manchester United,
UCL News
Thursday, May 26, 2011
Falcao kini menjadi rebutan Arsenal dan Tottenham
Arsenal dan Tottenham kini dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan penyerang Porto dan Columbia Radamel Falcao. Falcao adalah ayam tambatan Porto pada musim ini dengan rekod jaringan 41 gol di dalam 50 perlawanan termasuk dengan 17 jaringan yang dilakukannya didalam kempen Piala Liga Eropah.
Falcao pada minggu lalu dilaporkan menolak tawaran Arsenal dan Tottenham untuk menandatangani kontrak terbaru bersama Porto tetapi kini dikatakan sudah berubah fikiran dengan memberitahu setelah banyak membantu Porto pada musim ini, kini dia sudah bersedia untuk berpindah. Keadaan ini memaksa Porto untuk menjualnya dalam masa terdekat kerana harganya kini sudah mencecah £25 juta.
Arsene Wenger kini sedang mencari pengganti Nicklas Bendtner dan juga sedang cuba mendapatkan Karim Benzema. Harry Redknapp pula amat memerlukan penyerang yang berkaliber di Tottenham memandangkan ketumpulam serangan mereka amat dirasai pada musim ini.

EPL : Arsenal,
EPL : Tottenham
David de Gea akan ke Man United
Manchester United kini dikatakan di dalam proses terakhir untuk membawa David De Gea, penjaga gol Atletico Madrid (yang juga pemain kelahiran Madrid) ke Old Trafford. Bayaran yang dikenakan dianggarkan sebanyak £18.3 juta dan dijangka urusniaga tersebut bakal disahkan selepas pertembungan akhir Liga Kejuaraan Eropah Sabtu nanti.
Sir Alex nampaknya amat terdesak untuk mendapatkan penjaga selepas Edwin Van Der Sar dijangkakan akan bersara dan penjaga gol simpanan Tomasz Kusczack juga dijangkakan akan beralih angin pada musim hadapan meninggalkan satu-satunya penjaga gol muda yang baru dibeli Anders Lindegaard.
David De Gea yang berusia 20 tahun adalah penjaga gol pasukan U21 Sepanyol dan sudah diperhatikan sejak sembilan bulan lalu oleh Sir Alex. Namun, dia bukanlah pilihan terbaiknya kerana usianya yang muda. Pilihan utama Manuel Neuer kini dikatakan akan meninggalkan Schalke untuk ke Bayern Munich manakala pilihan kedua penjaga gol Ajax Maarten Stekelenburg dikatakan tidak sesuai dengan kehendaknya.
Dari sumber yang lain pula Manchester United kini juga telah dikaitkan dengan pemain tengah Arsenal, Samir Nasri yang bakal tamat kontraknya hujung musim hadapan.

EPL : Manchester United
Subscribe to:
Posts (Atom)