Thursday, May 19, 2011

Alex Furgeson janjikan 3 muka baru untuk musim depan

Pakar sepakan percuma : Wesley Sneidjer adalah sasaran utama Manchester United.
Ketika ditemubual semasa Majlis Penganugerahan Tahunan Manchester United semalam Sir Alex membayangkan yang wajah Manchester United akan mengalami perubahan yang besar pada musim hadapan dengan penjaga gol mereka sekarang Edwin van der Sar dan pertahanan tengah Gary Neville telah bersara dan hasrat Paul Scholes pula masih samar mengenai keputusannya untuk melanjutkan kontrak. Lebih memburukkan lagi ialah masalah kecederaan Michael Owen, Wes Brown dan Owen Hargreaves yang berlarutan.

Keadaan ini membolehkan pemain muda seperti Danny Welbeck dan Tom Cleverley diberi peluang beraksi memandangkan kedua-duanya telah menghasilkan impak yang baik ketika dipinjamkan ke Sunderland dan Wigan musim ini.

Untuk menambahkan kualiti pasukannya Sir Alex mendedahkan yang dia akan membawa sekurang-kurangnya tiga muka baru kedalam pasukan pada musim hadapan. Manchester United setakat ini telahpun dikaitkan dengan penjaga gol Atletico Madrid David De Gea yang berusia 20 tahun tetapi Sir Alex memberitahu dia mahukan penjaga gol yang berpengalaman.

Selain itu sayap Aston Villa, Ashley Young dan playmaker Inter Milan, Wesley Sneijder juga ppernah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Wesley Sneidjer dikatakan adalah pengganti yang sesuai untuk Paul Scholes.

Pada malam penganugerahan tersebut, Nani telah dipilih sebagai Pemain Terbaik tahunan oleh para pemain, Javier Hernandez telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan oleh para peminat dan Wayne Rooney telah dianugerahkan dengan Penjaring Gol Terbaik musim ini dengan jaringan 'overhead'nya ketika menewaskan Manchester City di Old Trafford pada Februari lalu.

1 comment:

  1. tp klu Wesley Sneidjer mungkin price tag akan jd penghalang dan presiden moratti enggan jual prize asset dia..ashley young rasanya sometimes overrated

    ReplyDelete