Wednesday, May 25, 2011

Chelsea singkirkan Ancelloti

Berita yang sudah lama tetapi sengaja di 'post' sebagai rujukan. Berikutan kekalahan Chelsea 0-1 keatas pasukan midtable Everton, pemilik Chelsea tanpa gusar telah memecat pengurus mereka Carlo Ancelloti. Ini menjadikan Ancelloti adalah mangsa kedua disingkirkan disebabkan prestasi pasukan yang tidak memuaskan pemilik kelab selepas Avram Grant di singkirkan daripada West Ham minggu lalu.

Tindakkan itu nampak keterlaluan tetapi memandangkan dengan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setelah sekian lama termasuk perbelanjaan terakhir yang membawa Fernando Torres dengan harga £50 juta. Roman Abramovich mempunyai sebab yang kuat, wang yang dilaburkan mesti diganti dengan trofi yang akan dipertontonkan di Stamford Bridge terutamanya kejuaraan EPL ataupun Piala Liga Kejuaraan Eropah yang begitu diimpikan.

Pemecatan ini juga menambahkan lagi jumlah pengurus yang pernah disingkirkan dengan Abramovich setelah sebelum ini Mourinho, Hiddink, Scolari dan Avram Grant juga pernah menerima nasib yang serupa.

Sehingga kini terdapat beberapa nama telah disenarai pendek untuk mengambilalih kekosongan yang ditinggalkan Ancelloti antaranya adalah Pengurus Porto yang baru menempa nama Andre Villas-Boas, Hiddink and Frank Rijkaard.

1 comment:

  1. musim lalu menang double..tp musim ni tak menang apa2 terus kena sack..lgsg tak bg masa.roman ni merosakan bolasepak dengan wang dan kuasa..kesian Chelsea..

    ReplyDelete