Tuesday, May 24, 2011

Reading dan Swansea tentukan slot terakhir ke EPL.

Setelah semua pasukan telah pun melangkapkan jadual perlawanan masing-masing semalam maka tamatlah saingan EPL pada musim 2010-11 ini dimana Manchester United membuktikan keunggulannya dengan menjuarai liga ini buat kali ke-19 seterusnya memecahkan rekod 18 kemenangan yang pernah dikecapi oleh Liverpool sebelum ini.

Agak malang juga kerana keputusan semalam tidak memihak kepada tiga pasukan yang tersingkir ke liga kejuaraan iaitu Birmingham, Blackpool dan West Ham. Liverpool juga boleh dikatakan mengalami nasib yang serupa apabila tidak dapat melayakkan pasukan ke kejohanan Eropah pada musim hadapan.

Kini slot yang dikosongkan oleh tiga pasukan yang tersingkir tersebut bakal diisi oleh tiga pasukan yang akan dinaikkan ke EPL, dua calon tersebut telahpun diketahui iaitu milik QPR dan Norwich City. Satu slot lagi bakal ditentukan oleh perlawanan akhir play-off Liga Kejuaraan nPower diantara Reading dan Swansea di Wembley Stadium 30 May nanti.

Berikut adalah kemungkinan calon-calon yang akan mengisi slot kejohanan Eropah dan pasukan EPL pada tahun hadapan.

Liga Juara-Juara Eropah - Man Utd, Chelsea, Man City (layak secara automatik), Arsenal (pusingan kelayakan)
Liga Kejuaraan Eropah - Tottenham (Untuk pusingan kelayakkan Liverpool/Everton/Birmingham)
Birmingham telah turun ke Liga nPower - (Let FA decide ha ha)
Pasukan Tersingkir - West Ham, Blackpool dan Birmingham City
Pasukan Ke EPL : QPR, Norwich dan (Reading/Swansea)
Juara EPL : Manchester United.
Juara Piala FA : Manchester City
Juara Piala Inggeris : Birmingham City
Charity Shield : Manchester United

Keputusan perlawanan play-off Liga Kejuaraan nPower
Pusingan pertama :
12/5/11     Nottingham Forest  0 : 0  Swansea
13/5/11     Reading  0 : 0  Cardiff

Pusingan kedua :
16/5/11     Swansea  3 : 1  Nottingham Forest
(Swansea layak Agg 3:1)
17/5/11     Cardiff  0 : 3  Reading
(Reading layak Agg 0:3)

Final :
30/5/11 Reading vs Swansea

1 comment:

  1. Harap team terbaik menang..Swansea pilihan terbaik dari segi merit sbb berada tmpt ketiga liga tp Reading juga patut diberi pujian apabila beraksi cemerlang dalam FA cup tahun ni, tewas di tangan eventual winner Man City..apa2 pun good luck for both

    ReplyDelete