Monday, January 17, 2011

Liverpool 2 Everton 2 : Dalglish percaya ia suatu perkembangan positif.

Kenny Dalglish percaya keputusan seri dengan pasukan tetangga mereka, Everton adalah satu perkembangan positif di dalam pasukan mereka. Dia sudah dapat mengenalpasti dimanakah akar umbi kejatuhan pasukan itu sebelum ini.

Liverpool memerlukan sepakan penalti pada minit ke 67 yang diselesaikan oleh Dirk Kuyt untuk mencuri satu mata berharga daripada Everton pada perlawanan semalam.

Dalglish berkata dia amat teremosi setelah kembali memangku pasukan yang mengalami kejatuhan ini dan amat terharu dengan tindakbalas peminat. Tetapi lebih mengharukan lagi apabila para pemain berjaya bangkit kembali daripada mengalami kekalahan. Ini adalah satu perkembangan yang positif terhadap pasukan kendaliannya sekarang dan percaya mereka akan kembali bangkit selepas ini.

Dalam perkembangan terbaru Liverpool kini cuba untuk membawa pemain Ajax Amsterdam, Luis Suarez ke Anfield dengan harga £18 million.

2 comments:

  1. admin cm mene saya nak tahu siapa admin nak kenal2 laaaaa
    ynwa

    ReplyDelete
  2. Darion,thanks sebab sempat datang kesini. kat link tu email saya... memang ada hajat nak letak profile tp busy byk la sampai hujung bulan depan...

    Anyway, just following your bobdaron.blog just now. know you are ynwa hardcore fan..

    ReplyDelete